ABOUT ME

Assalamualaikum 



Hi semua! Terima kasih tau sebab sudi singgah blog atyyn yang tak seberapa ni. Atyyn baru je nak berjinak jinak dengan dunia blogger ni. Orang lain dah berabad dah masuk dunia ni. Atyyn baru sekarang terkial-kial, Harap-harap korang setia lah baca blog tak seberapa atyyn ni. Siapa yang baca blog atyyn ni atyyn bagi   kat dia. Disebabkan korang dah jadi pembaca blog atyyn, atyyn nak memperkenalkan diri  kat korang. Nama sebenar Siti Norsyaffizatin Amran tapi mesti korang susah nak panggil kan kan ? Ha siapa boleh sebut dengan betul nama penuh atyyn, atyyn bagi  lagi kat dia. Hehehe....

Tapi tapi tapiiiiii kan, korang boleh panggil ‘Atyyn’. Baru lah pendek sikit korang nak panggil kalau jumpa atyyn kat mana-mana kann. Nak panggil Sis atyyn pon boleh. kihkihkih. Dilahirkan di Kelantan dan dibesarkan di Terengganu. Wahhh, mek klate ! Ha ye ye mek klate. Boleh cakap kelantan ke? Eh mesti lah boleh ! hehe.. Terengganu ke Kelantan ke semua boleh.

Atyyn baru menamatkan pengajian dia Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Bachelor of Business Administration in Islamic Banking and Finance.  Atyyn adalah salah seorang finalis Malaiqa Talent yang diadakan di Terengganu.  Atyyn masih baru lagi dalam bidang modelling ni. Masih mencuba untuk belajar.

Atyyn baru je memulakan minat baru dengan blogging ni. Kehidupan atyyn takde lah menarik tapi atyyn cuba untuk kongsikan pengalamantips tips dan macam-macam lagi lah yang korang nak tahu. Apa yang korang nak tahu haa jangan lupa komen tau! Jangan malu-malu jangan segan-segan untuk tanya ye. InsyaAllah ada masa dan kelapangan atyyn cuba untuk share dengan korang apa yang korang nak tahu.

Emmm, okay tu je kot pasal atyyn. 






LOVE,
Atyyn Amran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts